Braeking News

Sunday, October 29, 2006

Kumpulan Hak Asasi Manusia gesa Thailand tamatkan kekerasan

BANGKOK:. 26 Okt - Kumpulan hak asasi manusia mendesak kerajaan Thailand yang dibentuk oleh tentera supaya menghukum mereka yang terlibat dalam kematian lebih 80 penduduk Melayu ketika dalam tahanan tentera dua tahun lalu.

Aktivis turut menggesa Perdana Menteri, Surayud Chulanont, yang sebelum ini berikrar untuk berunding dengan pemimpin-pemimpin pejuang Pembebasan Patani, menamatkan kekerasan di wilayah-wilayah penduduk Melayu yang sudah mengorbankan 1,740 orang, menggugurkan dakwaan ke atas 58 penduduk Melayu yang didakwa terbabit dalam tunjuk perasaan di Tabal.

Komponen utama dalam membina semula keyakinan di wilayah sempadan selatan adalah dengan membuktikan komitmen menerusi tindakan menghukum mereka yang bertang- gungjawab,” menurut Amnesty International yang beribu pejabat di London dan Pertubuhan Human Right Watch di Washington.

Kedua-dua pertubuhan Hak Asasi Manusia (HAM) itu mengeluakan kenyataan bersama berhubung perkara itu.

Polis dan tentera Thailand menembak mati tujuh penduduk Melayu bagi menyuraikan penunjuk persaan secara aman itu di depan sebuah balai polis di Tabal, pada 25 Oktober 2004.

Beratus-ratus orang ditahan selepas kejadian itu tetapi 78 maut akibat lemas atau terpijak selepas tahanan itu disumbat beramai-ramai dalam lori tentera untuk diangkut ke kem tentera berhampiran.

Siasatan oleh badan yang dilantik kerajaan mendapati kaedah yang digunakan untuk menyuraikan penunjuk perasaan itu tidak wajar dilakukan tetapi pegawai kanan tentera yang disokong kuat oleh kerajaan sebelum ini, sehingga kini masih belum didakwa.

Malah, pegawai tentera yang bertanggungjawab dinaikkan pangkat ke pangkat jeneral selepas laporan terbabit dikeluarkan, lapor pertubuhan HAM itu.

Kumpulan Petugas Keadilan Untuk Keamanan yang disertai ahli perundangan Islam, turut menggesa kerajaan menggugurkan tuduhan ke atas penunjuk perasaan, kebanyakannya penduduk Melayu yang tidak faham bahasa Thai yang digunakan dalam mahkamah.

Sementara itu tentera Thailand semalam berkata mereka mengadakan latihan di kubu kuat Thaksin Shinawatra berikutan sumber risikan menyatakan bekas perdana menteri yang disingkir itu cuba meninggalkan London.

Latihan harian diadakan di wilayah utara, Phitsanulok, kata jurucakap tentera, Acar Tiproch.

Thaksin masih popular di kawasan terbabit. Latihan diadakan oleh Ketumbukan Ketiga Tentera yang bertanggungjawab terhadap utara Thailand.

“Sasaran latihan itu untuk memberi pengetahuan kepada tentera apa yang perlu mereka lakukan jika berlaku sesuatu,” kata Acar.

Acar menafikan laporan dalam Bangkok Post bahawa pasukan itu berpindah ke Bangkok berikutan bimbang Thaksin cuba untuk kembali dari London.

Thaksin berada dalam buangan di England sejak rampasan kuasa Thailand 19 September lalu.

Noppadol Pattama, wakil Thaksin di Thailand berkata, jutawan berkenaan tidak mempunyai rancangan untuk kembali ke negara itu dalam waktu terdekat.

“Ia tidak benar,” katanya.

“Thaksin masih di England dan beliau tidak ada rancangan untuk kembali ke Thailand dalam masa terdekat ini.”

Sumber risikan berkata, Thaksin cuba untuk ke Singapura bagi membincangkan kontroversi berikutan jualan saham telekom Shin Corp oleh keluarganya kepada Temasek Holdings.

Penjualan itu menimbulkan bantahan awal tahun ini yang berakhir dengan rampasan kuasa tentera bulan lalu. Kerajaan junta menyiasat jualan berkenan.

Sumber bagaimanapun berkata, kerajaan Singapura menafikan kemasukan Thaksin ke negara itu.

“Beliau cuba beberapa kali untuk ke Singapura mengendalikan masalah dengan Temasek tetapi tidak dibenarkan berbuat demikian,” kata mereka.

Tindakan tentera itu berikutan kritikan terhadap pemimpin rampasan kuasa selepas pengundian kelmarin yang memilih Meechai Ruchupan sebagai presiden bagi perhimpunan perundangan kebangsaan.

Meechai adalah penasihat perundangan tertinggi junta. – AFP/Reuters

Tuesday, September 19, 2006

Wilayah Menara pula jadi sasaran bom

PATANI DARUSSALAM: - Pejuang- pejuang pembebasan Patani melancarkan serangan bom dan bom api di wilayah menara sepanjang malam, yang disasarkan ke atas bangunan-bangunan sekolah Siam dan konvoi tentera Penjajah Thailand.

Serangan itu menyusul selepas enam serangan hampir serentak menggegar bandar Hatyai, sebuah bandar yang menjadi tarikan pelancong, menyebabkan empat orang terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera.

Bagaimanapun menurut pegawai polis Penjajah Siam, Mejar Jeneral Yongyuth Charoenvanit, serangan yang dilancarkan sepanjang malam kemarin di lima daerah di wilayah Menra, telah menyebabkan beberapa kenderaan, sebuah kantin sekolah, pusat jagaan harian dan kilang kayu musnah.

“Ini merupakan usaha gerila Patani yang mahu melihat Penjajah Thailand supaya mahu jari penyelesaian secara baik, cara insaniah, bukan seperti cara sekarang iaitu menangkap menculik dan membunuh pemuda-pemuda Melayu sesukanya. katanya kami lakukan bukan bertujuan untuk membunuh atau meluka pihak musoh.

Namun kami lakukan supaya pihak penjajah Thailand sedar bahawa lima wllayah selatan adalah bumi orang Melayu yang pernah daulat

Dalam serangan berasingan, sebutir bom meletup di jalan raya ketika sebuah konvoi tentera Penjajah Thailand melalui kawasan itu, tetapi tidak ada kematian yang laporkan.

Sebutir lagi bom turut diletupkan berhampiran landasan kereta api tetapi tidak mengakibatkan kerosakan.

Dalam pada itu, Pihak Berkuasa Kereta Api Thailand (RAT) di Selatan dan Lapangan Terbang Antarabangsa Hatyai telah meningkatkan tahap keselamatan dengan mengecilkan laluan lorong penumpang bagi memudahkannya mengawal orang ramai dan meningkatkan kerja-kerja rondaan.

“Sebelum ini kami mengamalkan langkah keselamatan yang ketat, terutamanya dengan mengecilkan lorong laluan penumpang. Kini kami mengambil langkah yang lebih ketat dengan mengurangkan lagi lebar lorong kepada laluan sebaris bagi membolehkan kakitangan memeriksa bagasi dengan lebih mudah,” kata Pengarah RAT Wilayah Selatan, Thanongsak Phongprasert.

Pakar memberi amaran, pengeboman di Hatyai memberi isyarat kepada peningkatan tindakan kumpulan pejuang Pembebasan Patani Darussalam yang sudah melanda selatan lebih dua tahun.

Lebih 1,700 orang terbunuh dalam kejadian serangan yang berlaku hampir setiap hari yang berlaku sejak Januari 2004.

Sementara itu, Rejim Bangkok yang ketuai Thaksin ChinaWatra kemarin mengarahkan lebih banyak kamera keselamatan ditempatkan di selatan dan lapangan terbang mening katkan kawalan keselamatan.

Pegawai mengadakan mesyawarah tergempar kemarin bagi membincangkan serangan bom di bandar selatan itu yang mengorbankan empat orang, termasuk seorang guru Kanada yang menjadi warga Barat pertama maut dalam kebangkitan masyarakat Melayu Patni menentang Penjajah Thailand sejak dua tahun lalu aktif kembali sebagamana pernah aktif ditahun 80 han.

Lebih 70 orang lagi cedera termasuk masing-masing seorang dari Amerika Syarikat dan Britain, lapan dari Malaysia, dua warga Singapura dan dua rakyat India. – AFP/PIONA

Friday, September 15, 2006

Rakayat Malaysia Mati Dalam Serangan Di Tabal

PATANI DARUSSALAM: - Seorang pembantu perikanan di Jabatan Perikanan Terengganu Malaysia dan kawannya seorang Melayu Patani selaku ketua Kampung, mati ditembak oleh suspek askar Penjajah Thailand di Kampung Kokje, Daerah Tabal Wilayah Menara, hari Jumaat.

Rakyat Malaysia itu, Che Ayub Yaakub, 54, yang berasal dari Kampung Perupok, Bachok, Kelantan, dan penghulu yang hanya dikenali sebagai Yusuf itu, mati di tempat kejadian manakala isteri Yusuf hanya mengalami luka ringan.

Seorang saksi mata yang melihat enggan dikenali memberitahu wartawan bahawa kejadian berlaku pada kira-kira pukul 1 petang waktu tempatan ketika kereta yang dipandu oleh ketua kampung itu dipintas oleh sebuah kereta lain yang berhenti di hadapan kereta mangsa.

Katanya penyerang dalam kereta itu memaksa mangsa berhenti sebaik sahaja melepasi jambatan Kampung Kokje lalu keluar dan melepaskan beberapa das tembakan dari arah hadapan kereta mangsa.

Saksi mata yang melihat peristiwa itu, yang berada berhampiran tempat itu ketika serangan itu berlaku, berkata Yusuf dan Che Ayub yang duduk di sebelah Yusuf, meninggal dunia di tempat kejadian manakala isteri Yusuf yang berada di tempat duduk belakang terselamat dan mengalami luka ringan.

Seorang anggota keluarga mangsa, yang juga enggan dikenali, berkata Che Ayub keluar dari rumah awal pagi tadi untuk mengunjungi rakannya di Tabal sambil membeli-belah di sini.

Menurutnya Che Ayub berasal dari Jerteh, namun dibesarkan oleh keluarga angkat di Kampung Kubang Kawah, Perupok, Bachok.

Katanya mangsa, yang tinggal di Kuala Terengganu, selalu berkunjung ke rumah keluarga angkatnya itu.

Beliau meninggalkan seorang isteri dan tujuh orang anak.

Sementara itu, di KUALA LUMPUR, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan hari ini berkata beliau telah mengarahkan Ketua Pengarah Perikanan Datuk Junaidi Ayub supaya menyediakan laporan penuh berhubung kejadian itu.

Beliau yang sedih dan dukacita dengan kejadian itu turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berdoa agar rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh.

Sementara itu, Pengarah Perikanan Terengganu, Munir Mohd Nawi berkata Che Ayub telah berkhidmat dengan jabatan berkenaan sejak 1980.

Menurutnya, beliau dimaklumkan bahawa pemergian Che Ayub ke Menara adalah atas urusan peribadi kerana beliau tidak bekerja memandangkan Jumaat adalah cuti hujung minggu bagi negeri Terengganu.

Munir ditemui pemberita ketika menziarahi jenazah Allahyarham Che Ayub di kampungnya di Perupok malam ini.

Antara yang menziarahi jenazah Allahyarham ialah Exco Pertanian dan Pembangunan Wilayah Terengganu, Datuk Jidin Shafie.

Allahyarham Che Ayub dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Perupok, malam ini.

Tuesday, September 12, 2006

Guru-guru sekolah dilatih tembak

CHULABHORN: Kira-kira 100 orang guru sekolah Siam yang dikirim ke 4 wilayah penduduk Melayu, selatan mengikuti latihan menembak sebagai persiapan untuk berperang dengan gerila Patani sekiranya mereka diserang oleh gerila Patani yang sering menjadikan guru sebagai sasaran.

Guru terbabit kebanyakan wanita dan lelaki yang datang dari luar wilayah yang sedang bergolak mereka boleh membawa senjata ke sekolah sebagai keperluan mengikuti latihan berkenaan yang diadakan di pangkalan tentera laut Chulabhorn Ahad lalu.

“Anda tidak akan lihat guru di wilayah lain di Thailand ini yang membawa senjata. Tapi kami perlukannya kerana jika tidak kami akan mati,” kata Sanuan Jintarat, ketua Persatuan Guru yang memantau lebih 15,000 guru di kampung dan bandar di wilayah selatan.

Guru selain sami Buddha, juruwang bank dan mekanik motosikal adalah sasaran utama penembak yang membuktikan keadaan undang-undang dan keamanan di selatan yang semakin buruk sejak kebangkitan masyarakat Melayu menentang Penjajah Siam pada Januari 2004 lalu.

Lebih 1,700 orang terbunuh di Patani, Jala, Menara dan Senggora yang majoriti penduduknya Bangsa Melayu sejak tercetus pergolakan berkenaan.

Guru Siam dari luar menjadi sasaran kerana mereka adalah simbol kepada pihak penjajah Thailand atau sering menjadi tebusan untuk ditukar ganti dengan gerila patani yang ditahan pihak Penjajah Thailand. Ia juga mungkin disebabkan pejuang patani ingin menolak sekolah Siam dan hanya menerima sekolah Melayu.

“Sudah tentu guru tidak sepatutnya membawa senjata tetapi mereka perlukannya untuk menahan diri,” kata Srisompob Jitipirmosri, profesor sains politik di Universiti Prince of Songkhla di wilayah Patani.

Kajian beliau mendapati hampir 300 sekolah dan guru menjadi sasaran untuk dibakar, diserang dengan bom dan ditembak termasuk kumpulan guru yang dikawal ketika pergi dan pulang dari sekolah.

Seorang pengetua sekolah rendah, Aree Aatomphrasangsa, 50, berkata, beliau juga memiliki senjata tetapi mempunyai masalah kerana ia tidak dapat dimasukkan dalam begnya.

“Saya mahukan senjata yang lebih kecil, revolver,” kata Aree yang sekolahnya di daerah Kuala kawi, Menara diletakkan di Zom Merah iaitu daerah yang paling bahaya.

“Revolver lebih mudah dibawa dan tembak. Ketika memandu saya boleh memegang stereng manakala sebelah tangan lagi boleh digunakan untuk menembak,” katanya.” – AP

Beribu-ribu guru dan pengetua sekolah kini memiliki senjata kebanyakan mereka tidak memiliki permit dan beratus-ratus lagi dalam senarai menunggu untuk mengikuti latihan menembak.

Namun sekitar 15.000 guru sudah dipindah kewilayah lain dan masih banyak lagi sedang menunggu untuk dipindah, kerana perang gerila tidak ada artinya bagi mereka memiliki senjata – AP/PIONA

Sunday, September 10, 2006

Pencerobuh Thailand tolak rundingan damai

PATANI DARUSSALAM: - Berdasar kepada pernyataan Rejim Bangkok Gen.Chidchai sudah jelas bahawa pencerobuh Thailand tidak ada rencana untuk mencapai kedamaian di 4 wilayah Melayu Patani, sesungguhnya percerobuh Siam berhasrat untuk membunuh masyarakat Melayu sampai keakar umbi. ujar setia usaha agong Pertubuhan Pembebasan Patani Bersatu ( PULO ).

Sebagaimana yang sedang mereka pratikan iaitu: membunuh, menculik dan menahan cerdikawan Melayu yang mereka syaki terlibat atau simpatisan terharap Pejuang Pembebasan Patani, tanpa bukti dan tanpa proses pengadilan.ujarnya.

Rejim Bangkok kemarin menolak sebarang rundingan dengan kumpulan Pejuang Pembebasan Patani sekali gus mengetepikan tawaran panglima angkatan tentera seminggu lalu supaya diadakan rundingan damai bagi mengatasi konflik berkenaan.

Tiada sebarang rundingan akan diadakan. Kami tidak sekali-kali akan berunding dengan anggota Pejuang Pembebasan Patani sedemikian,” kata Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kehakiman Penjajah Thailand, Gen.Chidchai Vanasathidya yang bertanggung jawab ke atas hal ehwal keselamatan.

Pernyataan Gen.Chidchai sebagai tanggapan atas kenyataan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Sonthi Boonyaratglin yang mahukan rundingan bagi mengatasi krisis yang sudah meragut lebih 1,500 nyawa sejak Januari 2004.

Sonthi adalah tokoh Muslim pertama dilantik mengetuai pasukan tentera berpengaruh di Thailand diberi kuasa penuh oleh Perdana Menteri Thaksin Shinawatra Jun lalu bagi menangani pergolakan di selatan yang majoriti penduduknya bangsa Melayu.

Sonthi menyelar kerajaan yang katanya sehingga kini masih gagal mengenal pasti pemimpin Pejuang Pembebasan Patani biarpun krisis itu sudah lama berlaku.

Namun, Gen.Chidchai sebaliknya menegaskan yang kerajaan tahu siapa dalang terbabit, tetapi enggan mengulas lanjut.

Selatan Thailand yang membabitkan Patani, Jala Menara dan Stul ditadbir Kesultanan Melayu satu abad lalu sebelum dijajah Siam (Thailand). – AFP/PIONA

Selatan Thailand yang membabitkan Patani, Jala Menara dan Stul ditadbir Kesultanan Melayu satu abad lalu sebelum dijajah Siam (Thailand). – AFP

Tuesday, September 05, 2006

1,730 terbunuh di 4 wilayah Penduduk Melayu (Selatan Thailand)

PATANI DARUSSALAM: - Jumlah kematian akibat Kebangkitan masyarakat Melayu Patani menentang Penjajah Thailand selama dua tahun meningkat lebih 1,700 dengan serangan bom semakin meningkat sejak beberapa bulan lalu, kata seorang profesor yang mengikuti pergolakan.

Sekurang-kurangnya 1,730 orang dibunuh sejak kebangkitan masyarakat Melayu tercetus pada Januari 2004 dan 2,510 orang cedera, kata Srisomphop Chitporomsri, profesor sains politik di Universiti Prince of Songkhla di wilayah Patani yang mengetuai pasukan kajian terhadap serangan itu.

Sehingga kini, angka kematian dilaporkan melebihi 1,500 dengan kebanyakan kematian membabitkan tiga wilayah Melayu yang dijajah oleh Thailand, Patani, Jala, Menara dan Senggora.

“Serangan bom meningkat dengan sekurang-kurangnya 166 serangan di wilayah Jala, wilayah Patani, Menara dan Senggora sejak Jun,” kata Srisomphop.

Serangan juga meningkat di wilayah berjiran, Senggora yang banyak menyaksikan Pergolakan pada 2004.

Namun pihak rejim Bangkok tidak ada usaha untuk mencari penyelesaian, hanya berusaha untuk membunuh, menculik dan menangkap lebih banyak lagi orang-orang yang tidak berdosa, kerana gagal untuk menangkap pejuang Patani. ujar setia usaha Agong pulo. – AP/PIONA.

Hancurkan Imperialisme Penjajah Thailand; Bangkit semangat Melayu Patani Ajak ; Bergabung dengan pejuang kemerdekaan Patani Darussalam.

Sunday, September 03, 2006

Pejuang Pembebasan Patani sedia runding cara selesaikan konflik

PATANI DARUSSALAM: -Pulo sambut baik usul panglima tentera Penjajah Thailand isu Selatan, Pertubuhan Pembebasan Patani Bersatu (Pulo) mengalu-alukan cadangan Panglima Tentera, Jeneral Sonthi Bunyaratklin yang mahu mengadakan dialog dengan pertubuhan pembebasan Patani berhubung konflik di 4 wilayah.

“Pulo tetap dengan prinsipnya bahawa isu Patani dapat diselesaikan menerusi rundingan tetapi proses itu perlu membabitkan komitmen ikhlas pihak kerajaan Thailand dalam menguruskan proses penyelesaian masalah,” kata Ketua Jabatan Luar Pulo, Kasturi Mahkota dalam satu kenyataan dari Sweden yang dipetik akhbar The Nation, semalam.

“Jika kerajaan benar-benar mahu menyelamatkan nyawa, tidak kira pendatang Thai atau penduduk Melayu di wilayah Patani, maka jelas konflik ini mesti ditamatkan serta merta bagi menjamin kepentingan kedua-dua pihak.

“Idea ketua turus tentera Thailand tidak akan berjaya jika ia sekadar satu reaksi selepas 22 bank di Jala dibom tanpa mengambil kira akar umbi konflik ini,” lapor akhbar itu yang memetik kenyataan terbabit.

Kemarin, Sonthi Boonyaratkalin mengecam cara kerajaan menangani krisis di selatan negara itu dan menegaskan sudah tiba masanya bagi Bangkok mengubah pendirian enggan berunding langsung dengan pemimpin pemisah di kawasan yang bergolak berkenaan.

Kenyataannya itu dibuat sehari selepas letupan bom di 22 bank wilayah Selatan Thailand yang menyebabkan seorang maut dan 27 lain cedera.

“Sudah tiba masanya bagi kerajaan mengubah pendirian yang enggan berunding langsung dengan pemimpin pemisah terbabit,” katanya yang merujuk pemimpin pemisah itu sebagai ular.

Pulo adalah sebuah pertubuhan pemisah Melayu utama yang muncul pada lewat 1960-an di bawah pimpinan Tengku Bira Kotanila dan mencapai tahap kemuncak pada dekad berikutnya sebagai pertubuhan yang mempunyai pejabat perwakilan di Asia Barat untuk meraih sokongan.

Tawaran pengampunan beramai-ramai oleh kerajaan Thailand menjejaskan kumpulan itu serta beberapa pertubuhan lain seperti Barisan Revolusi Nasional (BRN), dan pemimpin mereka terpaksa melarikan diri ke luar negara termasuk ke Eropah dan Asia Barat.

Dalam kenyataannya itu, Kasturi berkata, sebarang rundingan mesti diatur oleh pihak ketiga. Beliau tidak menyatakan mana-mana pertubuhan tetapi sumber menyatakan, pertubuhan bukan kerajaan Eropah mungkin menjadi calon terbaik.

Kasturi turut menegaskan, pegawai Pulo mesti dianggap sebagai pegawai sebuah pertubuhan dan kekebalan perlu diberikan kepada delegasinya. – Agensi/PIONA