Braeking News

Monday, August 21, 2006

Seorang tentera Penjajah Thailand terbunuh

PATANI DARUSSALAM: Seorang tentera Penjajah Thailand terbunuh dan tiga tentera cedera apabila gerila Patani yang berjuang bagi kemerdekaan bagi 4 wilayah Penduduk Melayu di selatan Thailand melancarkan lebih 40 serangan bersepadu di seluruh kawasan.

Menurut pegawai keselamatan penceroboh Thailand, anggota tentera itu yang sedang meronda terbunuh apabila sebutir bom yang disembunyikan berhampiran sebatang pokok meletup di Menara.Menurut pegawai itu, serangan itu mula berlaku dari pukul 8 malam dan setakat ini mengesahkan 40 letupan bom dan tembakan di Patani, Jala, Menara dan di Senggora.

Askar peronda terbunuh apabila sebutir bom meletup dihadapan Chuab Mukim Administrasi Organisasi di Daerah Carak Hirong, Bom juga meletup di wat Tok Cha di daerah Jabat (Resok), di Balai polis Daerah Bachok. sebutir bom meletup di sebuah karaoke di pusat bandar
Sementara di wilayah Patani Pula, di Daerah Benjar Lama (Yarang), di Daerah Muang dan di Daerah Tok Jom (Nong Chik) kereta-kereta, pondok-pondok telefon dibakar dijalan-jalan mereka buang paku dam membakar tayar kereta, dan sebuah kilang getah dibakar dan masih terbakar setakat tengah malam.

Di wilayah Jala, terjadi di daerah Bendang Setar, daerah Tanto, daerah Ku Pinang dan daerah Kota Bharu Raman, mereka tahan bom dan bakar tayar kereta di jalan-jalan.Pejuang Patani turut mensasarkan rumah anggota polis, serta melakukan tembakan secara rambang dan membakar tayar di jalan raya.

Pegawai menyatakan pasukan keselamatan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga selepas mereka menerima maklumat akan berlaku serangan besar-besaran malam Rabu.Pada 15 Jun, pejuang Patani melancarkan hampir 50 serangan bersepadu, membunuh sekurang-kurangnya dua orang dan mencederakan lebih 15 orang di tiga wilayah itu.Serangan serentak pada Jun itu dirancang berkebetulan dengan penubuhan Majlis Permusyarakatan Rakyat Melayu.

Lebih 1,500 orang terbunuh dalam kebangkitan masyarakat Melayu Patani melawan penceroboh Thailand di wilayah di selatan sejak dua tahun lepas.Pergolakan di wilayah itu meletus semula pada Januari, 2004, selepas beberapa dekad gerila Patani yang berjuang bagi mendapatkan kemerdekaan daripada Penjajah Thailand, mendiamkan diri. – AFP/PIONA

Hancurkan Imperialisme Pencerobuh Siam : Bangunkan semangat Melayu
Ajak : Bergambung dengan pejuang pembebasan Patani

0 Comments:

Post a Comment

<< Home