Guru-guru sekolah dilatih tembak
CHULABHORN: Kira-kira 100 orang guru sekolah Siam yang dikirim ke 4 wilayah penduduk Melayu, selatan mengikuti latihan menembak sebagai persiapan untuk berperang dengan gerila Patani sekiranya mereka diserang oleh gerila Patani yang sering menjadikan guru sebagai sasaran.
Guru terbabit kebanyakan wanita dan lelaki yang datang dari luar wilayah yang sedang bergolak mereka boleh membawa senjata ke sekolah sebagai keperluan mengikuti latihan berkenaan yang diadakan di pangkalan tentera laut Chulabhorn Ahad lalu.
“Anda tidak akan lihat guru di wilayah lain di Thailand ini yang membawa senjata. Tapi kami perlukannya kerana jika tidak kami akan mati,” kata Sanuan Jintarat, ketua Persatuan Guru yang memantau lebih 15,000 guru di kampung dan bandar di wilayah selatan.
Guru selain sami Buddha, juruwang bank dan mekanik motosikal adalah sasaran utama penembak yang membuktikan keadaan undang-undang dan keamanan di selatan yang semakin buruk sejak kebangkitan masyarakat Melayu menentang Penjajah Siam pada Januari 2004 lalu.
Lebih 1,700 orang terbunuh di Patani, Jala, Menara dan Senggora yang majoriti penduduknya Bangsa Melayu sejak tercetus pergolakan berkenaan.
Guru Siam dari luar menjadi sasaran kerana mereka adalah simbol kepada pihak penjajah Thailand atau sering menjadi tebusan untuk ditukar ganti dengan gerila patani yang ditahan pihak Penjajah Thailand. Ia juga mungkin disebabkan pejuang patani ingin menolak sekolah Siam dan hanya menerima sekolah Melayu.
“Sudah tentu guru tidak sepatutnya membawa senjata tetapi mereka perlukannya untuk menahan diri,” kata Srisompob Jitipirmosri, profesor sains politik di Universiti Prince of Songkhla di wilayah Patani.
Kajian beliau mendapati hampir 300 sekolah dan guru menjadi sasaran untuk dibakar, diserang dengan bom dan ditembak termasuk kumpulan guru yang dikawal ketika pergi dan pulang dari sekolah.
Seorang pengetua sekolah rendah, Aree Aatomphrasangsa, 50, berkata, beliau juga memiliki senjata tetapi mempunyai masalah kerana ia tidak dapat dimasukkan dalam begnya.
“Saya mahukan senjata yang lebih kecil, revolver,” kata Aree yang sekolahnya di daerah Kuala kawi, Menara diletakkan di Zom Merah iaitu daerah yang paling bahaya.
“Revolver lebih mudah dibawa dan tembak. Ketika memandu saya boleh memegang stereng manakala sebelah tangan lagi boleh digunakan untuk menembak,” katanya.” – AP
Beribu-ribu guru dan pengetua sekolah kini memiliki senjata kebanyakan mereka tidak memiliki permit dan beratus-ratus lagi dalam senarai menunggu untuk mengikuti latihan menembak.
Namun sekitar 15.000 guru sudah dipindah kewilayah lain dan masih banyak lagi sedang menunggu untuk dipindah, kerana perang gerila tidak ada artinya bagi mereka memiliki senjata – AP/PIONA

0 Comments:
Post a Comment
<< Home